Icon_menu-open
Icon_menu-open
Icon_menu-close
Icon_menu-close

Sunshine meneruskan semangat dan prihatin yang sama dalam membuat roti yang lazat dan berkhasiat sejak tahun 1930. Sebab itulah, Sunshine merupakan jenama roti yang dipercayai dan dinikmati bersama keluarga yang tercinta dari generasi dahulu hingga hari ini. Kami tahu bahawa ianya bukan suatu pencapaian yang mudah untuk membina jenama ini lebih dari 90 tahun. Oleh itu, kami tetap komited kepada kualiti tertinggi serta nutrisi yang anda harapkan.

NUTRISI DALAM SETIAP KEPING

Selama bertahun-tahun, kami terus memperkayakan produk kami dengan 100% kebaikan dan 0% bahan tidak bermutu, untuk memenuhi permintaan pengguna yang semakin mementingkan kesihatan. Kami amat komited untuk memberikan yang terbaik kepada anda, tanpa kompromi dalam kesihatan dan rasa, agar anda mendapat nutrisi yang terbaik dalam setiap gigitan.

NIKMATI SENTUHAN KASIH DENGAN BAHAN TERBAIK

Kami sungguh bersemangat untuk membuat roti berkualiti tinggi. Kami membina kepakaran kami dalam menggunakan resipi tradisional yang sama lazat dan dinikmati oleh keluarga selama ini. Anda akan sentiasa mendapat roti yang lembut dan gebu, menggunakan bahan-bahan terbaik, masing-masing diperoleh secara etika dari serata dunia. Sebab itulah kami yakin mengatakan bahawa semua roti kami dibuat dengan sentuhan kasih.

KAWALAN KETAT DAN PIAWAIAN BERKUALITI TINGGI

Kilang kami dengan kemudahan moden dan canggih, menepati piawaian keselamatan dan kebersihan makanan tertinggi mengikut panduan GMP (Good Manufacturing Practices) dan mempunyai HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Points). Ini diperkukuhkan lagi oleh tinjauan berkala, pemeriksaan kebolehpercayaan dan kawalan kualiti yang ada. Jadi, anda pasti, yang anda sentiasa membuat pilihan terbaik.

SIJIL HALAL

Di Sunshine Bread Malaysia, kami menitikberatkan status Halal kami dan mematuhi dengan teliti semua garis panduan Islam dan mengikut syarat yang ditetapkan oleh JAKIM untuk pensijilan Halal bagi semua produk.

Kami juga telah menubuhkan jawatankuasa Halal untuk mengawasi perlaksanaan dan piawaian Halal. Kami memberi jaminan kepada pengguna kami bahawa semua produk yang dihasilkan dan dipasarkan oleh Sunshine Bread Malaysia telah disahkan Halal.

KOMITMEN KESELAMATAN MAKANAN

Kami mencapai pensijilan FSSC22000 yang menandakan kejayaan dalam pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan makanan yang komprehensif. Ini menunjukkan komitmen kami dalam memastikan keselamatan dan kualiti produk mengikut piawaian global.

Kami juga beroperasi mengikut piawaian GMP (Good Manufacturing Practices) dan mempunyai HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Points) yang memastikan keselamatan makanan dan produk berkualiti tinggi yang konsisten.

Alamat

Sunshine Bread Sdn Bhd (1219557-K)

No. 2 & 3, Jalan Teknologi 6,
Kawasan Perindustrian Taman Teknologi 2,
71760 Bandar Enstek,
Negeri Sembilan.

No. 2 & 3, Jalan Teknologi 6,
Kawasan Perindustrian Taman Teknologi 2,
71760 Bandar Enstek,
Negeri Sembilan.

E-mel

enquiry@sunshine.net.my

Telefon

+606 737 2200

Scroll to Top