Icon_menu-open
Icon_menu-open
Icon_menu-close
Icon_menu-close

SAPUAN KACANG GAJUS

Bahan-bahan

2 cawan kacang gajus

Air suling (4 cawan untuk merendam)

Air suling (1 cawan untuk campuran)

Garam dan lada untuk rasa

Cara membuat

1.

Rendam kacang gajus dalam air suling selama 3 jam.

2.

Masukkan kacang gajus dan air suling dalam pengisar atau mesin pemproses makanan, sehingga sebati

3.

Masukkan garam dan lada secukup rasa

Resipi ini baik dihidangkan dengan Roti Mil Penuh Sunshine 100% Australian Oat yang mempunyai campuran kacang dan biji sebagai tekstur tambahan dan rasa yang lazat

ROTI KEJU GULUNG

Roti keju gulungan yang enak ini amat sesuai sebagai snek di majlis keramaian!

Bahan-bahan

4 keping Roti Putih Sunshine Soft White

4 keping keju

1 sudu besar mentega

1/4 cawan minyak zaitun

1 bawang, potong dadu kecil

4 ulas bawang putih, hiris nipis

1 sudu besar daun thyme kering

1/2 lobak merah, parut halus

2 tin tomato, dilenyekkan dan simpan jus

Garam

Sos

1.

Dalam periuk, panaskan minyak zaitun pada suhu sederhana.

2.

Masukkan bawang dan bawang putih, dan masak selama 10 minit sehingga kekuningan.

3.

Masukkan daun thyme dan lobak merah, dan masak sehingga lobak merah menjadi lembut.

4.

Masukkan tomato dan jus, masak sehingga mendidih, kacau sentiasa.

5.

Turunkan api dan mereneh selama 30 minit sehingga pekat.

Tambahkan garam secukup rasa dan hidang. Sos ini boleh bertahan untuk seminggu dalam peti sejuk dan sehingga 6 bulan dalam pembeku

Cara membuat

1.

Potongkan kerak roti

2.

Gunakan pin penggelek untuk leperkan roti

3.

Letakkan sekeping keju di atas roti leper dan gulung

4.

Panaskan kuali dengan mentega dan goreng roti supaya keju cair dan melekat pada roti

MENTEGA HERBA

Bahan-bahan

Mentega tanpa garam

Garam untuk rasa

Mustard

Tomato kering

Bawang putih dan lada hitam

Pesto

Cara membuat

1.

Keluarkan mentega dari peti sejuk dan biarkan ia lembut selama sejam.

2.

Gunakan mentega tanpa garam yang berkualiti supaya anda boleh kawal paras garam.

3.

Pukul mentega dengan menggunakan sudu kayu dan masukkan perasa kegemaran anda.

4.

Ini senarai mentega yang kami telah buat:

Jem Aprikot

Herba bawang putih (Pasli + Bawang Putih + Jus Lemon)

Lada Bel Panggang dan minyak Zaitun (Dikisar dengan mesin pemproses makanan)

Pesto

Mustard Gandum Penuh

5.

Letakkan mentega berperisa ke dalam pembalut plastik, gulungkannya di sekeliling mentega untuk membentuk bentuk sosej, kemudian lipat penghujungnya untuk menutupnya.

6.

Mentega berperisa ini boleh disimpan dalam peti sejuk selama 3 hari dan sehingga sebulan dalam pembeku.

Resipi ini baik dihidangkan dengan Roti Sunshine Dengan Germa Gandum & Bran yang kaya dengan nutrisi penting . Ianya amat lembut dan lazat.

SANDWIC HUMMUS

Cubalah resipi hummus yang sihat ini sebagai gantian mayonis. Ianya bukan sahaja lebih sihat dan berkhasiat malah lebih perisa!

Bahan-bahan

Roti Mil Penuh Sunshine 100% Australian Oat

3/4 cawan minyak canola

2 cawan kacang Garbanzo (tin) atau kacang kuda, bilas dan keringkan

3 sudu besar jus lemon

2 sudu kecil bawang putih kisar

1/2 sudu kecil garam

Cara membuat

1.

Campurkan minyak canola, kacang kuda, jus lemon, bawang putih dan garam ke dalam mesin pemproses makanan.

2.

Kisar sehingga rata.

Sandwic

1.

Buang kerak roti.

2.

Sapukan hummus pada roti.

3.

Letakkan sekeping tomato di atas hummus.

4.

Hias dengan kacang kuda (pilihan).

POKET PIZZA

Bahan-bahan

4 keping Roti Sunshine Dengan Germa Gandum & Bran

1 keping keju mozarela

6 keping daging peperoni

Sos Pizza

Sebiji telur

Cara membuat

1.

Panaskan ketuhar kepada 200°C

2.

Potong kerak roti

3.

Sapukan sos pizza pada roti, kemudian tambahkan keju mozarela dan daging peperoni.

4.

Tutup dengan sekeping roti lagi dan kelim tepi roti dengan garpu.

5.

Sapukan dengan telur dan bakar sehingga berwarna coklat keemasan.

SANDWIC KEPINGAN BISKUT

Suka biskut coklat rangup? Kami pun! Rasai coklat dalam setiap gigitan!

Bahan-bahan

6 keping Roti Sunshine Dengan Germa Gandum & Bran

3 sudu kecil sapuan coklat

Cara membuat

1.

Potong bulatan roti dengan pemotong biskut bulat.

2.

Letakkan bulatan roti dalam kuali dan menekan dengan penekan panggang . (ini akan memberikan rupa garisan pada roti)

3.

Keluarkan bulatan roti dari kuali setelah dibakar

4.

Gunakan sapuan coklat untuk menggabungkan 2 bulatan roti

5.

Susunkan biskut sandwic dan sedia untuk dihidangkan.

SANDWIC CUPCAKE

Bebola kecil ini bukan sahaja comel malah enak juga! Satu juadah menarik untuk sandwic mentega kacang!

Bahan-bahan

4 keping Roti Putih Sunshine Soft White

4 sudu kecil mentega kacang

Serbuk koko sebagai hiasan (pilihan)

Cara membuat

1.

Buang kerak roti

2.

Letakkan roti pada pembalut plastik dan letakkan satu sudu teh mentega kacang di tengah-tengah sebagai pengisian

3.

Tarik penghujung roti dan lipat bahagian tengah dengan membentukkannya sebagai bola

4.

Pusingkan hujung pembalut untuk mengikat bola itu

5.

Buka ikatan bola dari pembalut plastik dan letakkan di dalam cawan cupcake

6.

Taburkan serbuk koko sebelum hidang

SANDWIC KELOPAK

Bahan-bahan

Roti Mil Penuh Sunshine 100% Australian Oat

Setin tuna atau bahan isian pilihan anda

Mayonis

Cara membuat

1.

Ratakan penghujung roti dengan pin penggelek.

2.

Kemudian, potongkan roti sandwich menjadi bulat.

3.

Isikan bulatan roti dengan isian / krim kegemaran anda. Dalam resipi ini, kami menggunakan isian tuna/mayo

4.

Lipatkan bulatan menjadi separuh.

5.

Bengkokkan penghujungnya sehingga membentuk kelopak.

6.

Aturkan dalam bulatan untuk membentuk rupa bunga.

7.

Cadangan hidangan : Tambahkan semangkuk krim di tengah supaya tetamu boleh celup kelopak dalam krim untuk lebih rasa.

SANDWIC TIGA LAPIS

Buat sandwic yang kreatif dan susun sandwic enak dengan menggunakan salmon salai dan daging lain!

Bahan-bahan

6 keping Roti Putih Sunshine Soft White

4 sudu kecil mayonis

2 keping ham

2 keping salmon salai

Taugeh dan daun jintan manis

Cara membuat

1.

Potongkan 6 bulatan roti dengan pemotong bulat

2.

Sapukan sos mayonis pada 4 bulatan roti, asingkan 2 keping tanpa mayonis digunakan sebagai permukaan atas

3.

Letakkan sekeping salmon atau daging ham pada roti dengan sapuan mayonis

4.

Susun sandwic seperti di gambar

5.

Letakkan taugeh atau daun jintan manis di atas sebagai hiasan

Scroll to Top