Icon_menu-open
Icon_menu-open
Icon_menu-close
Icon_menu-close

Sunshine Bread Sdn Bhd

Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”)

Dalam Notis ini, “kami”, “kita”, “milik kami” atau “Syarikat” merujuk kepada Sunshine Bread Sdn Bhd, “anda”, “kamu” atau “milik anda” merujuk kepada individu-individu yang mana Notis ini terpakai. “Data Peribadi” membawa maksud seperti yang tercatat di dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”).Privasi data peribadi anda adalah penting bagi kami dan kami komited dalam melindungi dan menguruskan Data Peribadi anda dengan cara yang bertanggungjawab selaras dengan Notis ini.Notis ini menerangkan bagaimana kami boleh memproses (termasuk pengumpulan, penggunaan dan pendedahan) Data Peribadi anda dalam transaksi komersial. “Data Peribadi” bermaksud apa-apa maklumat yang berkenaan dengan transaksi komersial, yang-
  1. sedang diproses secara keseluruhannya atau sebahagiannya melalui kelengkapan yang dikendalikan secara automatik sebagai tindak balas kepada arahan yang diberikan bagi maksud itu;
  2. direkodkan dengan niat bahawa ia sepatutnya diproses secara keseluruhannya atau sebahagiannya melalui kelengkapan itu; atau
  3. direkodkan sebagai sebahagian daripada sistem pemfailan yang berkaitan atau dengan niat bahawa ia sepatutnya menjadi sebahagian daripada sistem pemfailan yang berkaitan,
yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan seorang subjek data, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat itu atau daripada maklumat itu dan maklumat lain dalam milikan seorang pengguna data, termasuk apa-apa data peribadi sensitif dan penyataan pendapat tentang subjek data tersebut. Untuk mengelakkan kekeliruan, Data Peribadi tidak termasuk apa-apa maklumat yang diproses bagi maksud suatu perniagaan pelaporan kredit yang dijalankan oleh sesuatu agensi pelaporan kredit di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010.

Kami boleh mengumpul, mengguna dan mendedah data berikut mengenai anda:

  1. Semasa anda memberikan Data Peribadi secara mengisi borang dalam talian atau salinan cetak semasa memohon bagi produk dan perkhidmatan atau maklum balas Syarikat (iaitu tinjauan), mengemukakan pertanyaan, permintaan dan penyerahan lain;
  2. Jika dan apabila anda menghubungi Syarikat (iaitu panggilan telefon, e-mel dan perjumpaan bersemuka), kami mungkin menyimpan rekod surat-menyurat tersebut;
  3. Sekiranya anda memasuki sebarang kontrak dengan Syarikat atau membeli sebarang produk atau perkhidmatan daripada Syarikat;
  4. Sekiranya anda berhubung dengan mana-mana wakil yang sah, ejen dan rakan kongsi kami, kami mungkin menyimpan rekod surat-menyurat tersebut;
  5. Jika dan apabila anda membalas kepada mana-mana promosi pemasaran Syarikat, surat berita dan bahan-bahan komunikasi lain;
  6. Sekiranya anda mengambil bahagian dalam pameran, acara atau bengkel yang dianjurkan oleh Syarikat atau di mana Syarikat adalah salah satu peserta;
  7. Sekiranya anda mengambil bahagian dalam cabutan bertuah, pertandingan, acara dan/atau bengkel yang dianjurkan atau ditadbir oleh Syarikat;
  8. Semasa anda mengisi borang permohonan perkerjaan dalam talian dan/atau salinan cetak untuk memohon pekerjaan di Syarikat;
  9. Semasa anda mengisi atau mengemaskini maklumat anda dengan kami, yang mungkin termasuk nama anda dan butir-butir untuk berhubung;
  10. Semasa anda memberikan atau menyerahkan kepada kami sebarang kandungan atau dokumen;
  11. Semasa anda menghantar kepada kami sebarang mesej atau komen dalam apa-apa cara.

Kami mungkin mengumpulkan Data Peribadi melalui pelbagai saluran yang disebutkan di atas dan Data Peribadi tersebut adalah termasuk:

  1. Nama penuh;
  2. Alamat perniagaan dan/atau kediaman;
  3. Emel perniagaan dan/atau peribadi;
  4. Nombor telefon bimbit dan perniagaan;
  5. Butir-butir akaun bank, jika perlu;
  6. No Kad Pengenalan/Identiti/Nombor pasport dan salinan, jika perlu;
  7. Maklumat permit kerja, jika perlu;
  8. Suara, gambar dan gambar/video CCTV, jika berkenaan;
  9. Maklumat akaun media sosial dan pengendalian, jika perlu;

Selain itu, jika anda memohon pekerjaan dengan Syarikat, Syarikat akan mengumpulkan (antara lain) yang berikut:

  1. Tarikh Lahir;
  2. Kewarganegaraan;
  3. Status Perkahwinan;
  4. Jantina;
  5. Kaum;
  6. Sejarah pendidikan dan pekerjaan dan kelayakan profesional, termasuk testimoni dan rujukan;
  7. Sejarah perubatan, perundangan dan kewangan;
  8. Maklumat hubungan saudara, keluarga dan/atau kecemasan;
  9. Curricula Vitae, jika ada.

Selain daripada maklumat yang diberikan oleh anda kepada kami secara langsung, kami juga akan mengumpulkan dan memperoleh Data Peribadi anda dari pelbagai sumber termasuk, tanpa had, sumber yang tersedia ada kepada umum, jabatan-jabatan atau agensi-agensi kerajaan, pendaftaran awam, agensi-agensi pelaporan kredit, interaksi dan komunikasi anda dengan kami dan dari pelbagai entiti atau bahagian di bawah atau dalam kumpulan syarikat kami.

Kami mungkin menggunakan dan memproses Data Peribadi yang kami kumpulkan daripada anda untuk perniagaan kami dan/atau aktiviti lain yang berkaitan yang mungkin termasuk, tanpa had, mana-mana tujuan berikut:

Di mana anda seorang pelanggan:

  1. untuk melaksanakan kewajipan berkenaan dengan mana-mana kontrak yang dimasuki bersama anda;
  2. untuk menyediakan perkhidmatan atau produk yang anda minta;
  3. untuk memproses dan mengesahkan pesanan anda atau permintaan bagi perkhidmatan atau produk;
  4. untuk memproses pembayaran yang berkaitan dengan perkhidmatan atau produk yang anda minta;
  5. untuk menganalisis penjualan kami serta keperluan dan pilihan anda;
  6. untuk memproses pertukaran atau pengembalian produk;
  7. untuk membuat pendedahan yang mungkin diperlukan untuk mana-mana tujuan di atas atau oleh undang-undang;
  8. untuk menganjur atau mentadbir cabutan bertuah, pertandingan, acara dan bengkel serta pentadbiran dan pengagihan hadiah kepada pemenang hadiah; dan/atau
  9. apa-apa tujuan lain yang berkaitan atau bersampingan dengan perkara di atas.

Di mana anda adalah ejen, penjual, pembekal atau penyedia perkhidmatan:

  1. untuk tujuan melibatkan anda bagi menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan atau produk-produk;
  2. untuk memudahkan atau membolehkan apa-apa pemeriksaan yang diperlukan oleh kumpulan syarikat kami untuk melibatkan anda;
  3. untuk memproses pembayaran yang berkaitan dengan perkhidmatan atau produk yang anda sediakan;
  4. untuk menghubungi anda atau syarikat anda;
  5. untuk membuat pendedahan sebagaimana yang dikehendaki bagi mana-mana tujuan di atas atau oleh undang-undang; dan/atau
  6. apa-apa tujuan lain yang berkaitan atau bersampingan dengan perkara di atas.

Di mana anda adalah pemohon pekerjaan, pekerja atau pegawai Syarikat:

  1. memproses permohonan anda, termasuk melakukan pemeriksaan latar belakang dan tujuan penilaian untuk menentukan kesesuaian pekerjaan;
  2. untuk tujuan kontrak perkhidmatan atau kontrak lain yang mungkin dimasuki di antara anda dan Syarikat untuk tujuan pekerjaan atau penglibatan anda;
  3. jika berkenaan, permit kerja/permohonan visa;
  4. kakitangan/pentadbiran pekerja, pentadbiran gaji, kerja dan tujuan perniagaan am;
  5. menentukan dan mengkaji semula gaji, ganjaran, insentif, bonus dan faedah lain;
  6. untuk pertimbangan kenaikan pangkat, pengembangan kerjaya, latihan, pinjaman atau pemindahan, pemantauan prestasi, pentadbiran keselamatan dan kesihatan dan kawalan keselamatan dan akses;
  7. menghubungi atau berkomunikasi dengan anda atau menghantar notis am atau memo;
  8. untuk penyimpanan rekod dalaman sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang atau di bawah badan pengawalseliaan yang berkaitan;
  9. memantau pematuhan terhadap peraturan dalaman dan dasar serta garis panduan;
  10. mematuhi keperluan pematuhan dan pendedahan mana-mana dan semua jabatan-jabatan kerajaan dan/atau kuasi-kerajaan dan/atau agensi-agensi, badan-badan pengawalseliaan dan/atau badan-badan berkanun dan/atau pihak berkuasa lain yang berkaitan;
  11. untuk menguatkuasakan hak kami di bawah undang-undang yang terpakai, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengambilan tindakan tatatertib atau tindakan yang berkaitan dengan pekerjaan atau penglibatan anda; dan/atau
  12. apa-apa tujuan lain yang berkaitan dengan perkara di atas.

Umum

  1. untuk membolehkan subkontraktor Syarikat, ejen pihak ketiga dan penyedia perkhidmatan, untuk memenuhi kewajipan/perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam kontrak anda dengan Syarikat;
  2. untuk menjalankan penilaian kredit dan pemeriksaan latar belakang yang lain;
  3. untuk menjawab soalan-soalan, komen-komen dan maklum balas dari anda;
  4. untuk berkomunikasi dengan anda bagi mana-mana tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini;
  5. untuk tujuan pentadbiran dalaman dan penyimpanan rekod, seperti pengauditan, analisis data, pangkalan data dan rekod-rekod;
  6. untuk tujuan pengesanan, pencegahan dan pendakwaan jenayah;
  7. untuk laporan kemalangan dan insurans dan tujuan penilaian;
  8. jika dikehendaki di bawah undang-undang atau di mana kami menganggap bahawa penggunaan atau pendedahan sedemikian diperlukan, untuk membalas terhadap tuntutan atau proses undang-undang;
  9. di mana pihak ketiga memperoleh atau ingin memperoleh, atau membuat pertanyaan berhubung dengan perolehan kepentingan dalam mana-mana entiti dalam kumpulan syarikat kami;
  10. untuk membalas kepada pihak-pihak berkuasa kerajaan dan/atau bukan kerajaan, agensi-agensi atau jabatan-jabatan;
  11. untuk tujuan keselamatan, pengawasan dan pemantauan keselamatan, termasuk tujuan pemantauan kontak; dan/atau
  12. bagi mematuhi kewajipan kami di bawah undang-undang atau peraturan yang berkenaan, atau sebagaimana yang diperlukan bagi mana-mana tujuan di atas,

dan anda bersetuju dan membenarkan Syarikat menggunakan dan memproses Data Peribadi anda bagi tujuan-tujuan di atas dan menurut cara yang dinyatakan dalam Notis ini.

Kami juga boleh menghubungi anda dengan cara komunikasi yang mana butir-butir hubungan anda telah berikan kepada kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada melalui e-mel, nombor telefon dan pos, bertujuan untuk mendapatkan maklum balas anda atau untuk memberi anda maklumat yang kami percaya mungkin anda atau organisasi anda berminat.

Dengan memberikan Data Peribadi anda kepada kami, melayari laman web kami atau meneruskan penglibatan dengan kami, anda bersetuju untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada ejen atau penyedia perkhidmatan tersebut dan pemprosesan Data Peribadi anda oleh ejen atau penyedia perkhidmatan tersebut adalah bagi tujuan dan dengan cara yang dinyatakan dalam Notis ini.

Kami hanya mengumpulkan, memproses, menggunakan atau mendedahkan Data Peribadi tersebut, selaras dengan Notis ini. Sekiranya anda bertindak sebagai perantara, atau sebaliknya bagi pihak ketiga, atau memberi kami maklumat mengenai pihak ketiga, anda akujanji bahawa anda adalah wakil atau ejen pihak ketiga yang sah dan bahawa anda telah mendapat persetujuan daripada pihak ketiga tersebut untuk pengumpulan, pemprosesan, penggunaan dan pendedahan Data Peribadi mereka. Semasa kami mengumpulkan data pihak ketiga dari anda, anda akujanji untuk memaklumkan pihak ketiga tentang semua perkara yang disenaraikan dalam Notis ini (dengan merujuk mereka ke laman web kami atau sebaliknya).

Anda bersetuju untuk pengumpulan, penggunaan dan pendedahan Data Peribadi anda bagi tujuan yang disebutkan di atas dan bersetuju untuk terikat dengan kewajipan yang dikenakan ke atas anda, apabila anda bersetuju dengan Notis ini. Anda dianggap telah bersetuju dengan Notis ini apabila anda terus melayari laman web Syarikat atau terus berkomunikasi atau terlibat dengan Syarikat.

Sekiranya anda tidak membenarkan kami memproses Data Peribadi anda untuk sebarang tujuan atau menurut cara yang dinyatakan dalam Notis ini, sila maklumkan kepada kami melalui butir-butir untuk berhubung yang dinyatakan dalam Perenggan 9 di bawah. Sekiranya tiada pemberitahuan sedemikian, kami akan meneruskan dengan sewajarnya berdasarkan Notis ini.

Sila ambil perhatian bahawa ia adalah tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa semua Data Peribadi yang diserahkan kepada kami adalah lengkap, tepat, benar dan betul pada masa penyerahan tersebut. Anda juga diminta untuk memaklumkan kepada kami sekiranya terdapat perubahan pada Data Peribadi yang anda telah serahkan kepada kami. Kami akan menganggap bahawa maklumat yang anda berikan atau akan diberikan kepada kami adalah lengkap, tepat, terkini, benar dan betul kecuali jika anda memaklumkan kepada kami sebaliknya. Sekiranya maklumat yang berkaitan dengan pihak ketiga diberikan kepada kami, kami akan menganggap bahawa maklumat tersebut tepat, terkini dan lengkap dan bahawa anda telah mendapat persetujuan dan kebenaran yang diperlukan untuk mendedahkan maklumat tersebut.

Kegagalan anda untuk memberikan (dan mengemaskini) Data Peribadi yang berkenaan kepada kami boleh mengakibatkan ketidakupayaan kami untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang anda minta.

Sila ambil perhatian bahawa jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana tujuan di atas, Syarikat mungkin tidak dapat memenuhi tujuan-tujuan pengumpulan maklumat tersebut.

Kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada mana-mana syarikat-syarikat berkaitan kami, sekutu-sekutu, jabatan-jabatan kerajaan dan/atau kuasi-kerajaan dan/atau agensi-agensi, badan-badan berkanun dan/atau kawal selia, juruaudit, penasihat-penasihat profesional, bank-bank, pemegang-pemegang lesen, rakan-rakan perniagaan, francais-francais, penyedia-penyedia perkhidmatan dan/atau pihak-pihak berkuasa yang berkenaan (yang mungkin terletak di dalam atau di luar Malaysia) serta pihak ketiga lain yang anda telah mohon atau membenarkan kami untuk mendedahkan data peribadi anda untuk sebarang tujuan-tujuan di atas.

Dari semasa ke semasa, kami mungkin menggunakan ejen pihak ketiga dan penyedia perkhidmatan untuk membantu kami dalam penggunaan Data Peribadi anda seperti yang digariskan di bawah Notis ini (termasuk di bawah Perenggan 3 “Apa tujuan Syarikat Mengumpulkan, Menggunakan dan Mendedahkan Data Peribadi?”). Anda bersetuju dengan penggunaan apa-apa Data Peribadi anda dengan meneruskan melayari di laman web Syarikat atau meneruskan berkomunikasi atau penglibatan dengan Syarikat.

Kami akan menyimpan Data Peribadi anda selagi perlu untuk memenuhi tujuan-tujuan yang mana data dikumpulkan dan/atau tempoh penyimpanan selama yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang. Kami boleh menyimpan Data Peribadi yang diarkib untuk analisis statistik. Data Peribadi yang tidak lagi diperlukan akan dimusnahkan.

Data Peribadi anda mungkin disimpan di pelayan yang terletak di dalam atau di luar Malaysia (termasuk di pejabat-pejabat kami di Singapura dan di pelayan/perkhidmatan cloud yang dihoskan oleh Microsoft) dan dikendalikan oleh penyedia perkhidmatan kami di dalam atau di luar Malaysia. Syarikat akan memastikan bahawa terdapat langkah-langkah keselamatan yang sesuai untuk menjaga keselamatan Data Peribadi anda dan menggunakan semua Data Peribadi tersebut menurut peruntukkan-peruntukkan PDPA. Semua penyimpanan elektronik dan penghantaran Data Peribadi adalah selamat dan disimpan di pelayan yang dikendalikan dengan akses terkawal dan teknologi keselamatan yang sesuai.

Oleh kerana usaha yang wajar telah diambil untuk memastikan bahawa semua Data Peribadi akan dilindungi sedemikian, Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas penggunaan atau penyalahgunaan maklumat tersebut secara tidak sah dan dari risiko yang wujud dalam semua komunikasi internet.

Data Peribadi anda hanya akan didedah and diproses untuk tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini dan tidak akan dijual atau didedahkan kepada syarikat lain bagi alasan lain tanpa persetujuan anda.

Oleh kerana sifat perniagaan kami, kami mungkin memindahkan Data Peribadi anda ke syarikat berkaitan kami (yang mungkin berada di luar Malaysia) atau penyedia perkhidmatan atau produk pihak ketiga di dalam atau di luar Malaysia. Syarikat tidak akan memindahkan Data Peribadi anda melainkan ia telah dipastikan bahawa Data Peribadi tersebut akan diberikan tahap perlindungan yang selaras dengan perlindungan di bawah PDPA.

Anda memahami dan bersetuju dengan pemindahan Data Peribadi anda ke luar Malaysia seperti yang dijelaskan dalam Notis ini.

Anda boleh menghubungi kami sekiranya anda ingin memiliki akses atau ingin mengemaskini, membetulkan atau menarik balik persetujuan untuk mengumpulkan dan menggunakan Data Peribadi anda melalui butir-butir untuk berhubung yang dinyatakan dalam Perenggan 9 di bawah. E-mel anda harus mengenal pasti diri anda dan menyatakan Data Peribadi yang mana dan maklumat mengenai penggunaan dan/atau pendedahan yang diminta.

Tertakluk kepada undang-undang, kami akan membalas permintaan anda secepat yang mungkin.

Selaras dengan PDPA, kami mempunyai hak menolak untuk mematuhi permintaan anda bagi akses atau pembetulan Data Peribadi anda atas sebab-sebab yang dibenarkan di bawah undang-undang.

Sekiranya anda bimbang tentang pengendalian Data Peribadi anda, ingin memberhentikan langganan e-mel kami atau senarai kenalan, atau jika anda mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan yang berkaitan dengan Data Peribadi anda atau Notis ini, sila hubungi kami di dpo.ssb@sunshine.net.my. Sila perkenalkan diri anda dengan jelas dan nyatakan tujuan pertanyaan anda.

Syarikat mempunyai hak untuk meminda Notis ini dengan atau tanpa pemberitahuan dari semasa ke semasa dan akan membuat kenyataan dikemaskini yang boleh didapati di laman web kami.
Scroll to Top